Wednesday, December 15, 2010

Asas Keusahawanan Anjuran Bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)


Kursus Asas Keusahawanan ini telah diadakan pada 22 - 26hb Julai 2007 bertempat di  Jabatan Perikanan Kuala Muda, Kedah. Kursus ini disertai oleh para pegawai jabatan perikanan negeri masing-masing.

OBJEKTIF KURSUS 

  1. Meningkatkan pengetahuan mengenai konsep keusahawanan, peluang-peluang perniagaan dan jenis-jenis organisasi perniagaan.
  2. Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan rancangan perniagaan dan cara / format untuk menyediakan rancangan perniagaan yang betul. 
  3. Memberi kefahaman mengenai konsep pemasaran dan pasaran dalam perniagaan.
MATLAMAT AKHIR KURSUS
  1. Melahirkan para Pegawai dan kakitangan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkebolehan bagi memberi tunjuk ajar dan latihan dalam segala aspek berkaitan perniagaan yang menyokong ke arah perubahan serta penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian yang berorientasikan komersial.
  2. Para Pegawai Jabatan dan Agensi di bawah kementerian yang berkaitan memahami situasi sebagai seorang usahawan.
  3. Dapat mewujudkan hubungan strategik yang lebih akrab di antara pihak pegawai jabatan dengan para usahawan dalam membantu meningkatkan produktiviti serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan.
KANDUNGAN KURSUS MELIPUTI :

1. DEFINISI USAHAWAN & POTENSI PERIKANAN
2. KONSEP & STRATEGI PEMASARAN

3. PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)

4. RANCANGAN PERNIAGAAN

5. PERAKAUNAN & PENUBUHAN SYARIKAT

GAMBAR AKTIVITI






 


  


JUTAAN TERIMA KASIH & TAHNIAH


KEPADA


JABATAN PERIKANAN MALAYSIA



No comments:

Post a Comment