Sunday, December 26, 2010

Ketrampilan Diri & Komunikasi Anjuran Bersama IADP & PERDA Pulau Pinang


Program anjuran IADP & PERDA yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 – 14hb Jun 2007 diadakan di Hotel Crown Jewel, Pulau Pinang. Program ini telah dihadiri oleh 29 peserta yang terdiri dari para usahawan di bawah bimbingan beberapa badan seperti PERDA, MARDI, VETERINAR, FAMA, USM, JABATAN PERTANIAN, PEJABAT PERIKANAN, LKIM dan LPP.

KANDUNGAN KURSUS

1. ICE BREAKING/SUAI KENAL


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memecah kebuntuan minda.
  2. Ia merapatkan hubungan antara peserta.
2. CERMIN DIRI



OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi melihat diri sendiri dari segi pencapaian dalam kehidupan.
  2. Memahami tujuan hidup dan bagaimana memullihkan keyakinan diri dan juga semangat.
 3. PERSONALITI CEMERLANG


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memahami personaliti diri.
  2. Memahami bagaimana mengubah diri menjadi seorang yang cemerlang.
4. PSIKOLOGI PERNIAGAAN


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi melihat dari aspek psikologi perniagaan.
  2. Memahami kaedah saikologi dalam menangani sesebuah urusniaga yang berjaya.
5. KOMUNIKASI YANG EFEKTIF


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memahami kepentingan komunikasi.
  2. Memahami proses komunikasi.
  3. Memahami bagaimana melakukan pengucapan awam.
6. TEKNIK MENANG-MENANG


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi mengenalpasti kaedah untuk melakukan sesebuah perundingan.
  2. Formula persediaan diri dalam mencapai teknik menang-menang.
7. RUNDINGAN YANG EFEKTIF


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memahami konsep dalam menjalankan sesebuah perundingan.
  2. Implementasi kaedah komunikasi dan teknik menang.
PENILAIAN PARA PESERTA TERHADAP :

1. FASILITATOR


GRED PENILAIAN              PESERTA 

A TIDAK BAIK                        0
B KURANG BAIK                    0
C BAIK                                  8
D SANGAT BAIK                    16  






2. KEBERKESANAN PROGRAM



GRED PENILAIAN              PESERTA 

A TIDAK BAIK                        0
B KURANG BAIK                    0
C BAIK                                  9
D SANGAT BAIK                    15  




3. KESELURUHAN PROGRAM




GRED PENILAIAN              PESERTA 

A TIDAK BAIK                        0
B KURANG BAIK                    0
C BAIK                                  5
D SANGAT BAIK                    19   








KOMEN PESERTA

“Meningkatkan diri, imej, nilai diri dalam memahami perniagaan dan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mengenal pasti peluang untuk menjadi usahawan di masa akan datang.” - Husna Bt. Sahat

“Ia dapat memberi kesan yang berguna pada diri saya dan memberi petunjuk dan keinsafan pada diri sendiri. Dapat memberi guideline untuk teruskan perniagaan ini.” - Norhidayah Bt Othman

“Saya rasa kursus ini baik bagi diri saya sebagai seorang usahawan yang hendak berjaya di masa hadapan dengan lebih cemerlang.” - Rokiah Bt. Hamad

“Saya gembira menghadiri kursus ini. Penceramah yang begitu pandai memberi ceramah dan berjenaka.” - Fadzilah Bt. Muhd Saad

“Program ini unik dan punyai cara tersendiri. Fasilitator yang pandai mengambil hati peserta dan tidak membosankan. Peringatan dan ilmu dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Perasaan saya program ini dapat memberi suntikan semangat yang jitu.” - Muhammad Salahuddin b. Mahamad Yasin

“Kesannya amat mendalam dapat memberi banyak panduan dan tunjuk ajar yang boleh memajukan seseorang usahawan itu. Dapat meningkatkan kemahiran yang selama ini. Kita tak nampak. Berasa amat bertuah kerana peluang yang diberikan dapat memberi satu pengajaran yang amat berguna di masa-masa akan datang.” - Roslina Bt Abu Bakar

“Mengajar saya lebih peka dalam perniagaan, mengajar membuang sifat semulajadi saya iaitu takut dan malu.” - Norida Din

“Saya amat rasa bertuah kerana dapat mengikuti kursus ini di mana banyak tip-tip dan ilmu yang saya dapat untuk memperbaiki diri juga perniagaan saya. Terima kasih juga pada pihak penganjur yang telah membiayai kursus ini. Allah saja yang dapat membalasnya.” - Maimunah Bt. Che’ Man

“Mengenal diri sendiri kekuatan dan kelemahan. Confident level lebih baik / tinggi. Imej syarikat dan sistem komunikasi diri.” - Roslan Bin Hashim

“Bertuah terpilih. Perubahan yang positif dan lebih bersemangat, berdaya saing dan lupa akan kekecewaan.” - Nafiza Bt. Md Kamaruddin

“Lebih berkomunikasi, meningkatkan imej, banyak peluang perniagaan dan boleh motivasikan orang lain.” - Zakaria B. Ismail

“Dapat mempelajari teknik-teknik perundingan dalam perniagaan. Dapat mengenal-pasti kelemahan diri sendiri.” - Nornie Bt Ismail

“Dapat meningkatkan imej dan kefahaman di dalam perniagaan dan komunikasi. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengenal lebih ramai usahawan-usahawan yang bijak.” - Nurul Asyikin Bt. Ismail

“Kesan dari kursus ini memberi satu cabaran pada saya untuk saya mencapai matlamat saya selama ini dan masa hadapan. Kursus ini memberi banyak pengajaran pada apa yang saya tercari-cari selama ini. Saya amat berterima kasih pada tenaga pengajar kita yang telah menaikkan semangat saya supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk diri saya dan keluarga saya.” - Nurul Saadah Bt. Ismail

Saya rasa bertuah kerana terpilih. Ia telah menyedarkan saya yang selama ini saya kurang menyayangi diri sendiri. Alhamdulillah dengan sering bertanya pada 3 soalan asas saya sedar hidup ini adalah atas kehendaknya. Betapa kerdilnya saya di dunia ini.” - Maziyah Bt. Abdullah

“Bersemangat, menambahkan ilmu, penampilan diri ke lebih positif, lebih berkomunikasi, persaudaraan, rendah diri kepada Allah. Kesedaran dalam diri, berkenaan dengan perniagaan dan Ilahi.” - Abdul Laham B. Bahrom

“Berasa sangat bertuah dan berterima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan. Pengajaran yang sangat berguna untuk diri sendiri, kenali diri dengan lebih mendalam, menghargai dan pengorbanan. Konsep dalaman yang sangat berkesan. Pengetahuan yang berguna di masa akan datang.” - Rozina Bt Hanapi

“Dapat mempelajari teknik-teknik berkomunikasi yang berkesan. Keseluruhan kursus amat menarik dan dapat memberi manfaat pada diri saya untuk menjalankan perusahaan saya. Dapat mengenal diri dan potensi diri sendiri. Meningkat semangat diri dan kesedaran. Menjadi insan yang lebih berdisiplin dan bermotivasi tinggi.” - Noor Azlina Bt. Khalid
GAMBAR AKTIVITI










JUTAAN TERIMA KASIH
 
KEPADA

No comments:

Post a Comment