Wednesday, December 21, 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KURSUS PELABELAN /PENJENAMAAN DI BAWAH TEKUN NASIONAL

            Pada 16 hingga 18 Desember yang lalu, telah berlangsungnya PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KURSUS PELABELAN /PENJENAMAAN DI BAWAH TEKUN NASIONAL. Program ini telah berlangsung di KOMPLEKS TABUNG HAJI BAYAN LEPAS. Program ini telah disertai seramai 36 peserta yang telah pun menjalankan bidang keusahawanan.
         
   Program ini adalah anjuran Tekun Nasional bersama –sama II Synergy Biz Centre dan juga SIRIM .Tujuan program ini dijalankan  adalah untuk untuk memberi pendedahan  mendalam tentang erti keusahawanan kepada para-para usahawan.Bagaimana strategi terbaik dalam menjalankan bidang keusahawanan supaya berjaya. Di samping itu, pendedahan juga diberikan tentang perlabelan dan penjenamaan produk supaya lebih terkenal di seluruh Malaysia dan di dunia.

Hari Pertama
            Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 05.00 petang. Peserta diberi bilik untuk penginapan sepanjang program berlangsung. Aktiviti pertama ialah acara pembukaan oleh En. Shazli. En. Shazli memperkenalkan diri dan menceritakan serba ringkas tentang perjalanan program dan membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.




Hari Kedua
            Sebelum aktiviti bermula, ucapan alu-aluan diucapkan oleh En. Shazli. Kemudian ketua kumpulan memeriksa sama ada ahli kumpulan cukup ataupun tidak.
            Aktiviti pertama yang berlangsung pada hari kedua ialah setiap peserta ditulis di tangan mereka dengan 1 nilai wang.En. Shazli kemudian menyuruh setiap peserta mengumpulkan jumlah matawang di tangan mereka menjadi nilai yang dikehendakinya. Sesiapa yang tidak berjaya melakukannya dikenakan denda.
               Aktiviti kedua ialah sesi ceramah. Penceramah menekankan dengan mendalam tentang jatidiri sebagai seorang usahawan yang berjaya.En. Shazli juga menerangkan tentang jangan takut untuk lalui kesusahan yang sementara demi mencapai kesenangan sepanjang hayat.
               Aktiviti ketiga pula ialah setiap kumpulan perlu memilih seorang tokoh usahawan dan menceritakan tentang biodata dan ciri-ciri mereka. Antara tokoh-tokoh yang dipilih ialah Boon Siew dan Mydin.
               Sesi ceramah diterajui pula oleh Pn Zainun. Pn Zainun menerangkan dengan mendalam tentang Jadual Untung Rugi.Jadual ini penting dan wajib dilakukan oleh setiap usahawan untuk menentukan keuntungan mereka setiap tahun.
               Aktiviti yang terakhir berlangsung pada waktu malam. Aktivitinya ialah penyediaan Rancangan Perniagaan. En. Shazli memberitahu bahawa Rancangan Perniagaan perlu dilakukan oleh setiap usahawan sebelum memulakan perniagaan.


Hari ketiga.
               Hari ketiga merupakan hari terakhir kursus ini dijalankan. Antara aktiviti yang berlangsung ialah Kursus Pelabelan / Penjenamaan oleh SIRIM.
               Program diambil alih oleh En. Rosli dari SIRIM. Beliau menerangkan tentang identiti SIRIM dengan mendalam dan kepentingan pengwujudan jenama bagi sesuatu produk dan perkhidmatan.
               Akhirnya kursus tamat dengan acara penutup. Kesemua peserta mengisi borang yang diberikan oleh pihak SIRIM.Acara penutup diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan oleh pihak II Synergy Biz Centre. Acara terakhir adalah pertunjukan video  tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang program 3 hari 2 malam ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program.