Thursday, February 17, 2011

Ikhtiar Team Building Anjuran Bersama IADA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Kursus 'Ikhtiar Team Building' telah selamat diadakan di Pulau Payar, Langkawi Kedah pada 6hb hingga 8hb Ogos 2008.

Seramai 33 peserta terdiri daripada kakitangan IADA, 11 wanita dan 21 lelaki mendaftarkan diri di jeti feri Pulau Pinang pada 8.00am dan bertolak terus ke Pulau Payar menaiki feri pada jam 8.30am.

Majlis pembukaan program telah dimulakan pada jam 3 petang. Ucapan aluan kepada peserta telah diberikan oleh En. Zulzurin selaku pegawai bertugas diikuti oleh penerangan ringkas oleh pihak konsultan. 

1. ICE BREAKING / SUAI KENAL & MEMBINA KUMPULAN (Aktiviti Luar)

Peserta memulakan aktiviti pertamanya dengan sesi ‘Tahan Gelak’ di mana aktiviti ini bertujuan untuk mempercepatkan kemesraan antara peserta.

Pada jam 4.30 petang, peserta berehat minum petang. Peserta dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas dan berehat di sebelah petang sehingga waktu makan malam kerana kebanyakannya nampak keletihan disebabkan perjalanan panjang menaiki bot.

Pada jam 8.30pm, peserta berkumpul untuk satu sesi ‘Tanya Sampai Kenal’. Aktiviti ini untuk memastikan peserta mula mengenali kesemua 32 peserta yang hadir bersama di dalam program ini.

Pada 7hb Ogos 2008, 8.30am sesi senaman pagi di kawasan jeti disusuli dengan perlantikan tuk penghulu dan merangsangkan saraf melalui saranan oto IADA. Aktiviti selepas senaman diteruskan dengan aktiviti ‘Mengenal Melalui Komunikasi’. Aktiviti dijalankan secara berpasangan dan setiap peserta meluahkan perasaannya apabila setiap komunikasi diberikan dengan beberapa bentuk mengikut arahan fasilitator.


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memecah tembok pemisah di antara peserta. 
  2. Peserta berpeluang berkenalan dengan peserta-peserta yang lain. 
  3. Menubuhkan pasukan yang akan menjalankan aktiviti sepanjang 3 hari.

2. MEMBINA MENARA (Aktiviti Luar) 

Peserta berhenti berehat minum pagi pada jam 10.30am. Peserta kemudian telah diberi sebuah tugasan iaitu Membina Menara. Peserta harus menggunakan ranting kayu untuk membina menara setinggi 4 kaki dengan 7 tingkat. Masa diberikan ialah selama satu jam.



OBJEKTIF

  1. Ia bertujuan bagi memahami pengertian ikhtiar dalam membina satu gerak kerja dengan sumber yang ada. 
  2. Memahami kaedah mendirikan menara dengan menjana idea secara bersama. 
3. TREASURE HUNT (Aktiviti Luar) 

12.30pm, peserta berehat makan tengahari hingga jam 2.00pm. Aktiviti diteruskan pada 2.30pm dengan program ‘Mencari SPY di Tembok Cina’ di dalam masa sejam. Di dalam program ini, peserta belajar untuk mengupas moral daripada aktiviti ini di mana di dalam harian kerja, kita mudah mendengar kepada perkara yang tidak penting di dalam urusan kita menyebabkan fokus hilang di dalam pekerjaan dan suasana yang sangat negatif antara sesama rakan sekerja yang terus terbina yang akhirnya meruntuhkan kekuatan sesebuah organisasi. 




OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memahami kepentingan strategi.
  2. Memahami proses pembentukan strategi.
  3. Memahami bahawa idea adalah kunci bagi mengatur strategi yang Mantap.
  4. Fokus kepada tugasan masing-masing sehingga selesai.
  5. Membina semangat persaudaraan sesama ahli dalam sesebuah organisasi.

4. TERAPI BADAN (Aktiviti Luar)

Selepas makan petang, peserta melakukan Terapi Badan dengan aktiviti menanam diri dalam pasir secara berkumpulan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menghiburkan dan jelas terpancar daripada gerakerja ini hubungan antara sesama mereka sudah semakin akrab.

 



5. SESI MEDITASI (Aktiviti Dalam)

Selepas makan malam, 8.30pm peserta sekali lagi melalui aktiviti ‘Mengenal Hati’ antara sesama peserta disusuli dengan program meditasi yang membawa peserta kepada mendalami soal hati, diri, sentiasa berbangga dan bersyukur dengan kecantikan serta kesihatan diri di dalam bentuknya yang tersendiri. Program meditasi ini juga membawa peserta menghargai rakan sekerja yang ada kerana mereka adalah bakal menjadi penawar hati kita.



6. (AKTIVITI-AKTIVITI LUAR)

Jam 8.30am peserta melakukan aktiviti ‘Speed Ball’. Aktiviti ini sekali lagi menguji komunikasi, kerjasama kumpulan, kepimpinan, kepercayaan dalam kumpulan untuk mencapai target sasaran kelajuan bola bergerak dalam satu bulatan. Tanpa komitmen 100% setiap peserta pastinya sasaran akan gagal dicapai. Aktiviti ini cukup menyedarkan kepentingan kerjasama dan mendengar pandangan walaupun daripada golongan yang berpangkat lebih rendah.

Pada jam 2.30pm, selepas selesai makan tengahari dan solat, peserta berkumpul untuk membentangkan hasil temu ramah dengan pelancong. Aktiviti diteruskan dengan melakukan projek ‘Membina Istana Pasir’. Markah diberikan kepada kumpulan dengan istana pasir yang paling besar dan kreatif.


Pada waktu petang selepas makan petang, peserta berkumpul untuk satu pertandingan yang dipanggil ‘Penguin Bertelur’ yang benar-benar menguji kesabaran dan keikhlasan menjalankan sesuatu perkara. Aktiviti kemudian diteruskan dengan aktiviti ‘Terapi Badan’ beramai-ramai iaitu dengan merendamkan badan di dalam pasir. Rata-rata peserta berasa sangat segar dan seronok dengan aktiviti tersebut.


Hari ke-3 dimulakan dengan aktiviti ‘Telinga Karat’ di sebelah pagi. Aktiviti ini menerangkan betapa pentingnya untuk mendapat dan memastikan maklumat yang tepat dan disahkan. Ia membantu mengelakkan diri dianiayai akibat daripada pengendalian informasi dan komunikasi yang tidak profesional dan efektif.

KOMEN PESERTA

Berdisiplin & dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli kumpulan di samping memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam program ini pada masa depan. – Muhamad Nasir bin Abdullah.

Dapat memberi disiplin serta meningkatkan kesedaran terhadap alam semulajadi. - Mohd Asraf

Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan dalam alam pekerjaan yang sangat mencabar ini – Mohd Ridzuan b. Mohd Nor

Tahniah kepada fasilitator kerana begitu bersemangat dan tabah dalam menghadapi kerenah peserta-peserta walaupun nampak emosional – Hussein b. Mohd Salleh

Program ini perlu diteruskan lagi supaya dapat memupuk semangat bersatu padu dalam pasukan kerja – Zulkifli Zakaria 


Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan dalam alam pekerjaan yang sangat mencabar ini – Mohd Ridzuan b. Mohd Nor
Program ini perlu diteruskan lagi supaya dapat memupuk semangat bersatu padu dalam pasukan kerja – Zulkifli Zakaria

Kesan yang saya dapat dalam program ini ialah dapat menguji tahap kesabaran dan menguji minda saya dari pelbagai aspek. Terima kasih atas pengalaman yang cukup berharga ini kerana mungkin ini hanya sekali untuk seumur hidup – Tiada nama

Mendapat semangat baru bahawa diri kita masih kekurangan. Kita perlumemberi kerjasama diantara satu sama lain. Segala arahan perlu difahami dan diteliti dengan baik. Diakhir program ini, saya merasa diri saya dihargai oleh kawan-kawan dan juga pegawai atasan – Tiada nama


ALBUM AKTIVITI


 








 

SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH
 
KEPADA PIHAK


Ikhtiar Team Building Anjuran Bersama PERDA Pulau Pinang



Alhamdulillah syukur ke hadarat Ilahi, Kursus Ikhtiar Team Building telah selamat diadakan di Kg. Acheh Management Centre, Kg. Acheh, Yan, Kedah pada 23 - 25hb Mei 2008 yang lalu. 

Seramai 44 peserta terdiri dari para usahawan Pulau Pinang kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Terdapat 23 peserta lelaki dan 21 peserta wanita yang hadir.

Majlis pembukaan program telah dimulakan pada jam 3 petang. Ucapan aluan pada peserta telah diberikan oleh En. Ali B. Salim selaku Timb. Pengurus Besar ( Pembangunan ) PERDA. Manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. En Azmi B. Lateh selaku Pengurus Besar PERDA


1. ICE BREAKING & MEMBINA KUMPULAN


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memecah tembok pemisah di antara peserta.
  2. Peserta berpeluang berkenalan dengan peserta-peserta yang lain.
  3. Menubuhkan pasukan yang akan menjalankan aktiviti sepanjang 3 hari.

2. PULAU WAWASAN(Aktiviti Dalam)



OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi menguji semangat berpasukan dan cetusan idea.
  2. Memecah tembok penghalang di dalam minda dari mustahil kepada boleh melakukan.
  3. Belajar membuat analisa dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

3. MEMBINA MENARA (Aktiviti Luar)


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memahami pengertian ikhtiar dalam membina satu gerakerja dengan sumber yang ada. 
  2. Memahami kaedah mendirikan menara dengan menjana idea secara bersama.
4. PERANG STRATEGI (Aktiviti Luar)


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memahami kepentingan strategi.
  2. Memahami proses pembentukan strategi.
  3. Memahami bahawa idea adalah kunci bagi mengatur strategi yang Mantap.
5. TAYANGAN VIDEO (Aktiviti Dalam)

OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memahami bahawa manusia saling memerlukan di antara satu sama lain.
  2. Kepentingan membantu di antara satu sama lain dalam membina kejayaan.
  3. Semangat setia kawan dan sanggup berkorban demi sebuah perjuangan. 
6.TREASURE HUNT


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi menguji minda dalam mencari jawapan penuh misteri.
  2. Menguji semangat berpasukan dalam mencari jawapan.
  3. Menguji kepantasan bertindak dan melakukan gerakerja berpasukan. 

KOMEN PESERTA

“Keyakinan diri yang semakin pudar menjadi lebih teguh.” - Jaesni Bt Mohamed Zaki

“Boleh dihubungkait dengan perniagaan pengusaha.” - Baharom Ismail

“Kesan perubahan sikap dan disiplin diri dan meningkatkan keyakinan diri.” - Zarina bt. Che Din

“Program ini amat baik untuk usahawan mengejar impian, memantapkan dan memberi semangat untuk meningkatkan keyakinan diri. Tetapi saya mencadangkan di antara peserta dan fasilitator diadakan sesi soal jawab.” - Sabariah Mahmud

“Program ini menarik untuk diteruskan.” - Hjh Che Zaini Hj. Ahmad

“Sungguh berjaya dan memberi kesan.” - Sazli Shafie Noor

“Keyakinan diri yang menyemai semangat dan memberi kecekalan untuk menghadapi sebatang risiko. Membangkitkan rasa berani dalam diri.” - Nur Wahidah Bt. Yusof

“Keyakinan diri yang menyemai semangat dan memberi kecekalan untuk menghadapi sebatang risiko. Membangkitkan rasa berani dalam diri.” - Nur Wahidah Bt. Yusof

“Bersyukur kepada Allah Ta’ala. Mensyukuri nikmat dan betapa kasih-sayang dan sokongan perlu dalam mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan.” - Halipah Bt Yusop

“Dapat memperbaiki sikap-sikap negatif yang terdapat dalam diri.” - Ahmad Zaky Abd Aziz

“Menaikkan peningkatan semangat berjuang, keyakinan diri dan pentingnya ilmu berkumpulan.” - Mustafa A Bakar

“Sangat baik ‘teruskan perjuangan’ agama dan bangsa.” - Haji Famizi B. Hj. Hussain

“Betul-betul memberi kesedaran pada diri saya sendiri.” - Zulaiha Bt. Abdullah

“Baik dan meningkatkan semangat juang yang tinggi untuk berdaya saing dan berdaya tahan dalam bidang keusahawanan. Saya mencadangkan kursus khusus untuk motivasi dan survival. Tahniah Imagion Inspirations.” - Mohd Halid B. Misran

“Dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun beza dari segi usia. Aktiviti yang disediakan sangat bagus dan mencabar diri. Teruskan usaha.” - Nurul Shuhadah Yusof

“Benda yang lalu jangan dikesali, tutup buku lama buka buku baru.” - Nurul Syazwani

“Kesan yang didapati amat besar dan bererti dalam kehidupan dalam perniagaan saya.” - Maimunah Che’ Man

“Tiada membuka sesi soal jawap untuk bertanya masalah.” - Zainol Abidin

“Membina dan meningkatkan semangat kerjasama dan kesabaran.” - Hj. Haron B. Hj. Ahmad

“Berjaya meningkatkan keyakinan diri, memperjuangkan ekonomi dan hak orang Melayu.Usaha dan doa perlu jalan seiring.” - Nur Zulfikri B. Zakaria

Brain Wash bagi banyak lagi.” - Taufik B. Abdullah @ Radzi

“Program begini harus diadakan pada masa akan datang.” - Adlina Kamaruddin

“Pada pendapat saya kursus ini sedikit sebanyak membantu saya untuk menjadi seorang yang penyabar memandangkan saya adalah seorang yang panas baran dan cepat melenting. Sebagai seorang bekas ‘ERT Member’ saya diajar untuk membantu orang lain bila kesusahan. Sesuai dengan kursus ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menolong kawan-kawan yang di dalam kesusahan di sepanjang kursus ini.” - Salina Ali

“Motivasi tinggi dan bersemangat.” - Massita Mohammad Zaki

“Baik.” - Musa Abd Manan

Well done & Cemerlang.” - Ruzaini Mohd Adnan 





SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH

KEPADA