Thursday, February 17, 2011

Ikhtiar Team Building Anjuran Bersama IADA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Kursus 'Ikhtiar Team Building' telah selamat diadakan di Pulau Payar, Langkawi Kedah pada 6hb hingga 8hb Ogos 2008.

Seramai 33 peserta terdiri daripada kakitangan IADA, 11 wanita dan 21 lelaki mendaftarkan diri di jeti feri Pulau Pinang pada 8.00am dan bertolak terus ke Pulau Payar menaiki feri pada jam 8.30am.

Majlis pembukaan program telah dimulakan pada jam 3 petang. Ucapan aluan kepada peserta telah diberikan oleh En. Zulzurin selaku pegawai bertugas diikuti oleh penerangan ringkas oleh pihak konsultan. 

1. ICE BREAKING / SUAI KENAL & MEMBINA KUMPULAN (Aktiviti Luar)

Peserta memulakan aktiviti pertamanya dengan sesi ‘Tahan Gelak’ di mana aktiviti ini bertujuan untuk mempercepatkan kemesraan antara peserta.

Pada jam 4.30 petang, peserta berehat minum petang. Peserta dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas dan berehat di sebelah petang sehingga waktu makan malam kerana kebanyakannya nampak keletihan disebabkan perjalanan panjang menaiki bot.

Pada jam 8.30pm, peserta berkumpul untuk satu sesi ‘Tanya Sampai Kenal’. Aktiviti ini untuk memastikan peserta mula mengenali kesemua 32 peserta yang hadir bersama di dalam program ini.

Pada 7hb Ogos 2008, 8.30am sesi senaman pagi di kawasan jeti disusuli dengan perlantikan tuk penghulu dan merangsangkan saraf melalui saranan oto IADA. Aktiviti selepas senaman diteruskan dengan aktiviti ‘Mengenal Melalui Komunikasi’. Aktiviti dijalankan secara berpasangan dan setiap peserta meluahkan perasaannya apabila setiap komunikasi diberikan dengan beberapa bentuk mengikut arahan fasilitator.


OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memecah tembok pemisah di antara peserta. 
  2. Peserta berpeluang berkenalan dengan peserta-peserta yang lain. 
  3. Menubuhkan pasukan yang akan menjalankan aktiviti sepanjang 3 hari.

2. MEMBINA MENARA (Aktiviti Luar) 

Peserta berhenti berehat minum pagi pada jam 10.30am. Peserta kemudian telah diberi sebuah tugasan iaitu Membina Menara. Peserta harus menggunakan ranting kayu untuk membina menara setinggi 4 kaki dengan 7 tingkat. Masa diberikan ialah selama satu jam.



OBJEKTIF

  1. Ia bertujuan bagi memahami pengertian ikhtiar dalam membina satu gerak kerja dengan sumber yang ada. 
  2. Memahami kaedah mendirikan menara dengan menjana idea secara bersama. 
3. TREASURE HUNT (Aktiviti Luar) 

12.30pm, peserta berehat makan tengahari hingga jam 2.00pm. Aktiviti diteruskan pada 2.30pm dengan program ‘Mencari SPY di Tembok Cina’ di dalam masa sejam. Di dalam program ini, peserta belajar untuk mengupas moral daripada aktiviti ini di mana di dalam harian kerja, kita mudah mendengar kepada perkara yang tidak penting di dalam urusan kita menyebabkan fokus hilang di dalam pekerjaan dan suasana yang sangat negatif antara sesama rakan sekerja yang terus terbina yang akhirnya meruntuhkan kekuatan sesebuah organisasi. 




OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi memahami kepentingan strategi.
  2. Memahami proses pembentukan strategi.
  3. Memahami bahawa idea adalah kunci bagi mengatur strategi yang Mantap.
  4. Fokus kepada tugasan masing-masing sehingga selesai.
  5. Membina semangat persaudaraan sesama ahli dalam sesebuah organisasi.

4. TERAPI BADAN (Aktiviti Luar)

Selepas makan petang, peserta melakukan Terapi Badan dengan aktiviti menanam diri dalam pasir secara berkumpulan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menghiburkan dan jelas terpancar daripada gerakerja ini hubungan antara sesama mereka sudah semakin akrab.

 



5. SESI MEDITASI (Aktiviti Dalam)

Selepas makan malam, 8.30pm peserta sekali lagi melalui aktiviti ‘Mengenal Hati’ antara sesama peserta disusuli dengan program meditasi yang membawa peserta kepada mendalami soal hati, diri, sentiasa berbangga dan bersyukur dengan kecantikan serta kesihatan diri di dalam bentuknya yang tersendiri. Program meditasi ini juga membawa peserta menghargai rakan sekerja yang ada kerana mereka adalah bakal menjadi penawar hati kita.



6. (AKTIVITI-AKTIVITI LUAR)

Jam 8.30am peserta melakukan aktiviti ‘Speed Ball’. Aktiviti ini sekali lagi menguji komunikasi, kerjasama kumpulan, kepimpinan, kepercayaan dalam kumpulan untuk mencapai target sasaran kelajuan bola bergerak dalam satu bulatan. Tanpa komitmen 100% setiap peserta pastinya sasaran akan gagal dicapai. Aktiviti ini cukup menyedarkan kepentingan kerjasama dan mendengar pandangan walaupun daripada golongan yang berpangkat lebih rendah.

Pada jam 2.30pm, selepas selesai makan tengahari dan solat, peserta berkumpul untuk membentangkan hasil temu ramah dengan pelancong. Aktiviti diteruskan dengan melakukan projek ‘Membina Istana Pasir’. Markah diberikan kepada kumpulan dengan istana pasir yang paling besar dan kreatif.


Pada waktu petang selepas makan petang, peserta berkumpul untuk satu pertandingan yang dipanggil ‘Penguin Bertelur’ yang benar-benar menguji kesabaran dan keikhlasan menjalankan sesuatu perkara. Aktiviti kemudian diteruskan dengan aktiviti ‘Terapi Badan’ beramai-ramai iaitu dengan merendamkan badan di dalam pasir. Rata-rata peserta berasa sangat segar dan seronok dengan aktiviti tersebut.


Hari ke-3 dimulakan dengan aktiviti ‘Telinga Karat’ di sebelah pagi. Aktiviti ini menerangkan betapa pentingnya untuk mendapat dan memastikan maklumat yang tepat dan disahkan. Ia membantu mengelakkan diri dianiayai akibat daripada pengendalian informasi dan komunikasi yang tidak profesional dan efektif.

KOMEN PESERTA

Berdisiplin & dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli kumpulan di samping memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam program ini pada masa depan. – Muhamad Nasir bin Abdullah.

Dapat memberi disiplin serta meningkatkan kesedaran terhadap alam semulajadi. - Mohd Asraf

Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan dalam alam pekerjaan yang sangat mencabar ini – Mohd Ridzuan b. Mohd Nor

Tahniah kepada fasilitator kerana begitu bersemangat dan tabah dalam menghadapi kerenah peserta-peserta walaupun nampak emosional – Hussein b. Mohd Salleh

Program ini perlu diteruskan lagi supaya dapat memupuk semangat bersatu padu dalam pasukan kerja – Zulkifli Zakaria 


Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan dalam alam pekerjaan yang sangat mencabar ini – Mohd Ridzuan b. Mohd Nor
Program ini perlu diteruskan lagi supaya dapat memupuk semangat bersatu padu dalam pasukan kerja – Zulkifli Zakaria

Kesan yang saya dapat dalam program ini ialah dapat menguji tahap kesabaran dan menguji minda saya dari pelbagai aspek. Terima kasih atas pengalaman yang cukup berharga ini kerana mungkin ini hanya sekali untuk seumur hidup – Tiada nama

Mendapat semangat baru bahawa diri kita masih kekurangan. Kita perlumemberi kerjasama diantara satu sama lain. Segala arahan perlu difahami dan diteliti dengan baik. Diakhir program ini, saya merasa diri saya dihargai oleh kawan-kawan dan juga pegawai atasan – Tiada nama


ALBUM AKTIVITI


 








 

SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH
 
KEPADA PIHAK


No comments:

Post a Comment