Sunday, December 26, 2010

Ketrampilan Diri & Komunikasi Anjuran Bersama PERDA Pulau Pinang


Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 22 - 24hb Febuari 2008 di Hotel Bayview, Pulau Pinang telah dihadiri oleh 29 peserta yang terdiri daripada usahawan Pulau Pinang di bawah naungan PERDA yang sanggup berkorban masa untuk terus menimba ilmu.

KANDUNGAN KURSUS 

1. ICE BREAKING


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memecah kebuntuan minda.
  2. Ia merapatkan hubungan antara peserta.
2. CERMIN DIRI

 
OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi melihat diri sendiri dari segi pencapaian dalam kehidupan.
  2. Memahami tujuan hidup dan bagaimana memullihkan keyakinan diri dan juga semangat.
3. PERSONALITI & KOMUNIKASI


OBJEKTIF
  1. Memberi kesedaran terhadap kepentingan imej dan impak kepada pelanggan, masyarakat dan kesan jangka masa panjang kepada syarikat.
  2. Memberi kefahaman bentuk imej dan personaliti dan kaitan dengan komunikasi di dalam bentuk ’verbal & non-verbal’.
  3. Membina kemahiran komunikasi ’verbal & non-verbal’.
4. MENANGANI HALANGAN

OBJEKTIF

Membina kemahiran komunikasi dalam menangani penolakan atau perbezaan pendapat di antara individu atau di dalam kumpulan.

5. TEKNIK MENANG-MENANG

 
OBJEKTIF
  1. Ia bertujuan bagi mengenalpasti kaedah untuk melakukan sesebuah perundingan.
  2. Memahami formula SWOT & persediaan diri dalam mencapai teknik menang-menang.
6. RUNDINGAN YANG EFEKTIF


OBJEKTIF 
  1. Ia bertujuan bagi memahami konsep asas dan persediaan diri dan kumpulan dalam menjalankan sesebuah perundingan. 
  2. Implementasi kaedah komunikasi, teknik menang-menang dan menangani halangan dalam sesebuah rundingan.
PENILAIAN PESERTA TERHADAP :

1. FASILITATOR
 GRED PENILAIAN                  PESERTA

A Sangat Baik                           13
B Baik                                      16
C Kurang Baik                           0
D Tidak Baik                              0



2. KEBERKESANAN PROGRAM

GRED PENILAIAN                  PESERTA

A Sangat Baik                           14
B Baik                                      15
C Kurang Baik                           0
D Tidak Baik                              0

 

3. KESELURUHAN PROGRAM 
 GRED PENILAIAN                  PESERTA

A Sangat Baik                           15
B Baik                                      14
C Kurang Baik                           0
D Tidak Baik                              0



KOMEN PESERTA 

“Kursus ini dapat membuka minda saya tentang ketrampilan dan cara untuk berkomunikasi dengan betul. Sekarang ini saya berani untuk berdepan dengan orang. Terima kasih kepada panel-panel perunding kerana dapat menanamkan keyakinan diri saya.” - Shahadah Bt Shahul Hameed Malim


“Yakin diri & bersemangat untuk meneruskan perniagaan dalam bersaing dengan bangsa asing.” - Halipah bt. Yusop

“Satu kepuasan dan amat bagus sekali. Banyakkan lagi program seperti ini serta bagaikan aktiviti dalam program.” - Azam B. Ahmad

“Diri saya mengetahui dan mengenal pasti matlamat yang ingin ditujui tanpa rasa menyesal memilih bidang sekarang tanpa rasa kesal. Satu ceramah tentang meditasi perlu dilakukan.” - Mohamad Zairi B. Zakaria

“Kursus ini yang begitu bermakna dan amat berfaedah untuk diri saya dan juga syarikat. Saya berharap usaha-usaha begini harus dilanjutkan dari masa ke semasa. Ditambah lebih fokus kepada perundingan business matching.” - Maimunah Che Man

“Kursus ini telah membuatkan saya sedar pentingnya ketrampilan diri imej positif dalam bidang yang saya ceburi. Ingin terus berusaha tanpa jemu untuk mengejar kejayaan.” - Nurhisham B. Ruslan

“Lebih berani & berkeyakinan. Enjoy, happy dan banyak input. Excellent & well done.” - Ruzaimi Mohd Aznan

“Amat menyentuh membangkitkan semangat untuk berjuang. Amat memberi kesan terhadap diri untuk lebih maju ke hadapan. Penceramah amat berkaliber dan mahir dalam bidang ini. Memotivasikan peserta” - Mohammad B. Abdullah @ Radzi

“Amat menyuntik di hati saya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Penceramah sangat baik dan cemerlang. Cadangan kursus yang dapat mengubah dan berminat dalam bidang usahawan dan mengendalikan pengurusan pejabat - Hajah Siti Aminah Bt Nayan

“Ciri-ciri usahawan yang peka dengan keadaan dan kesesuaian ketika berinteraksi dan berurusan dengan pelanggan. Penyampaian penceramah amat berkesan dan mudah difahami.” - Muhammad Luqman B. Nur Fariq

“Sungguh mendalam mutu dari segi peningkatan mutu diri bila berhadapan dengan situasi dan pelanggan dan membuat keputusan. Idea dan mutu penceramah dalam tahap tinggi dalam memberi motivasi dan ceramah.” - Sazli Shafie Noor

“Anda telah buat yang terbaik. Jazakaallah. Satu perubahan dalam diri saya. Semua usahawan boleh berjaya. Kegagalan bukan punca kita tak boleh berjaya.” - Haji Tarmizi Haji Hussain

“Memberi kesedaran dalam perningkatan ketrampilan diri dan imej. Positif untuk mencapai matlamat.” - Baharom Ismail

“Satu program yang menyentuh perasaan. Memberi kesan yang mendalam. Apa yang tak betul selama ini dapat diperbaiki.” - Tengku Som Bt Tengku Mansor

“Program meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri menghadapi cabaran hidup dalam dunia perniagaan untuk kesejahteraan hidup. Cadangan bahan rujukan nota dan mencari kelemahan diri pada peserta yang ada masalah tentang perniagaan yang dilakukan.” - Hamid Bin Salleh

GAMBAR AKTIVITI


















 
JUTAAN TERIMA KASIH & TAHNIAH

KEPADA

2 comments:

  1. bagaimanahendak menghubungi tuan?

    ReplyDelete
  2. Boleh beri nombor telefon untuk dihubungi? Saya berminat untuk menyertai kursus.

    ReplyDelete